Assalamualaikum . 
Blog ini tentang kelas saya iaitu 5 Ibnu Sina.. Today, saya mahu cerita tentang 5 Ibnu Sina. Okey, let get start it...
5 Ibnu Sina.. Siapa yang tidak tahu kelas 5 Ibnu Sina? Kelas yang amat bising dan nakal

Huhu.. Nasib baik cikgu-cikgu tabah mengajar kelas kami. Kelas 5 Ibnu Sina memang ramai yang nakal. Ada macam-macam ragam di dalam kelas ini..

Aduhai, kadang-kadang ketua kelas pun main. Penolong ketua kelas? Hmm.. Dia pun dua kali lima saja...
Pernah sekali, kami dimarahi oleh seorang ustazah sebab hilangkan kunci kelas. Ya, kelas kami sahaja yang perlu dikunci..

Kadang-kadang menyusahkan juga.. Yang paling tidak boleh dilupakan ialah kami membuat kad ucapan kepada guru kelas kami sempena hari guru.

Rasa-rasanya, ustazah terharu atau tidak?
Budak-budak kelas 5 Ibnu Sina juga selalu bergaduh.. Aduhai, penat mahu leraikan..

Ketua kelas pula asyik merungut sebab ke marah.. Itulah, biarkan kelas bising lagi.. Kan dah kena marah.. (Ops, tersindirlah pula) Cepat nyorok!

Oh, ada lagi satu.. Kelas ini walaupun selalu bergaduh, mereka tetap bekerjasama.. Walaupun ada yang pemalas..

Rasa nak marah kepada si pemalas itu dan si sotong! Hish! Terliuk-liuk seperti sotong dekat cikgu..

Semua orang menyampah dekat dia.. Capital S..

Kadang-kadang rasa nak menangis bila dia arahkan kami buat kerja...
Hish, si pemalas ini.. Buatlah sendiri!

Macamlah dia tiada tangan dan kaki.. Semuanya mahu suruh orang. Dia buat kami ini macam orang gaji pula.. Rasa penat mahu melayan dia itu..

Rasa menyampah dekat dia..

Macamlah dia itu raja, mahu disembah?
Okeylah, bye.. Assalamualaikum..
No comments :
Post a Comment